Khamis, 11 Oktober 2012
Rabu, 10 Oktober 2012
Selasa, 2 Oktober 2012
Kisah aku @_@v
Assalamualaikum dan selamat sejahtera aku ucapkan kepada semua kerana
sudi lagi membaca sedikit coretan yang ingin aku coretkan dalam blog
nie.. Lama sungguh aku tak merepek meraban dalam blog aku yang simple
nie.. ahakz.. hmmm.. 2012 dah nak smpai ke penghujungnya.. Entahlah..
rasa macam sekejap sangat tahun nie.. macam2 peristiwa yang terjadik... dah lepas dah kan sume tue.. watpe nak ingat..janji aku ;p yeahh~aku nak keje kumpul duit nak kawin.ahakz..
:p tinggi tue cita2. hehehe.watpe nak lewatkan benda yang baik kan..
biarlah orang nak kata apa..Kita bukan leh tutup mulut orang.. Rasanya
2012 nie macam terlalu banyak ar kenangan pahit manis.. pasnie Gudbye.. dah xd dah..pasnie aku dah masuk mmg orang group
puluh2.. arghhhh.. xbestnya.. macam dah tua sangat..haha tp mmg dh tua pun..aku still teringat2
lagi zaman kanak2 yang serba indah.. best sangat..xleh nak lupa..
terlalu banyak benda yang terjadik dalam idop aku.. hidup ini memang
btol orang kata, macam roda.. kenkadang kita kat atas,kenkadang kita ada
kat bawah. suck... inilah lumrah hidup dalam dunia nie.. Hidup nie
indah, indah sangat2..biasalah. setiap orang xkan puas dengan apa yang
dimiliki. itu lumrah manusia.. kita takleh nak nafikan.. aku sendiri
mengaku aku xpuas dengan apa yang aku ada skrang sedangkan kalau
ditimbal balik, aku nie dikira beruntung, semua dah ada, dah cukup sngat
apa yang aku ada, tapi aku tetap tak puas.. xkira ar dari segi apa,
materialistik,fizikalistik,logistik. opss. haha.. logistik tue xdlah..
hehehe. Lumrah hidup kat dunia kan... Kenkadang aku jadik pemalas, ah. tue bukan aku.. secara jujur aku
bukan pemalas, tapi aku suka jadik malas. haha. macam mane tue.. DUlu,
tahun 1990 time2 zaman jahiliyah aku dulu, aku idop kat kmpg,
suck sekolah kmpg.. semua yang jadik kat sekolah tue mempengaruhi
personaliti aku smpai skang, sekolah tue banyak ajar aku apa yang
dimaksudkan dengan "DUNIA". hmm, pas habis PMR, budak2 habis PMR kene
kerahan tenaga, kene wat itu, wat ini, argh. cikgu2 tue ingat aku nie
kuli ape. :p jahat kan aku.. dululah zaman2 jahiliyah. hehe.. aku cabut
sekolah, aku idop kat dunia luar, dekat sebulan, semua tue diluar
pengetahuan ibu n ayah, hehehe. cakap habis PMR, dah dapat freedom
lah kan.ahakz, :P eh, aku xhabis cite lagi, aku
lepak kat bus stand Bp, kat situe lah aku kenal dengan pelbagai
jenis manusia,sungguh menarik zaman2 tue, aku ingat smpai skang
kengkawan busstand yang bongok tahap unta dulu, bulat,epit,along,zira
arghh macam2 lagi, sume tue kengkawan yang memang xleh dijadikkan kawan,
tapi nak cari pengalaman punya pasal,aku kenal gak ngan diorang, haha.
ape ek, sengal kan aku. fuhh, time tue jgn cakap, budak sek sume
takut ngan aku, mane tak nye, campur dak bus stand. -time tue dak
busstand Bp tgh famous- hahahah, aku keje kat kedai makan . best keje kat citue tau.. syok gila, ari2 leh makan free, aku
selalu amek nasik lemak + sotong yang beso2 tue. pergh,, sedap gila.
tapi keje nye aku rasa macam berat gila, lepak ar,, kitchen ngan tempat
makan2 jauh berbatu2. mane tahan. dua ari jerk aku keje, hehee. pastue
aku cabut. tue sume masa silam aku. dari situ aku kenal ngan dunia luar. so time form4, aku pindah sekolah coz
aku rasa aku akan rosak kalau aku still sekolah kat citu.
Alhamdullilah, pas aku pindah sekolah, aku rasa lagi better dari asrama,
bukan ape,aku seolah2 menipu diri aku, itu bukan jiwa aku, memang lah
baik, tapi korang sendirik tau kan, jiwa remaja, sentiasa memberontak,
memang ada yang baik aku dapat dari sekolah tue, title pun sekolah
agama, tapi ramai sngat budak dalam sekolah tue terlalu hipokrit,nak
diumpamakan macam pakai topeng, topeng yang dipakai tue ada tulisan khat
kat atas. macam tue lah kalau nak diibaratkan, tapi x kesemua, tue pada
pandangan aku, better aku jadik diri aku sendiri, aku xleh nak idop
dalam kepura-puraan, coz kalau aku nipu ape pun, kompom kantol, arghh,
damn,, xtau ar,, aku xd bakat nipu lah,, hahahaha.. xbest btol, nanti
nak gelak2, kenkadang kantol bodoh jerk.tue lah kelemahan aku.
-kelemahan ke?= hahahhaa. ahh.. ngantok ar. jam kat pc aku nie dah pukul 12.30.. aku tak tido lagi.. hmmm. arinie aku layan ps jerk, dah macam umah ape dah.. adoi. lapolah.. k
lah,, aku nak mandi,solat makan sume.. lapo gila.. pepagi nie lah lapo.
pastue aku nak tido!.xtido lagi.. k lah sume. nanti kang kalau nak tau
lagi pasal aku. tunggu jerk tau aku postkan lagi blog2 nie.. :) inilah
perjalanan hidup aku, n aku rasa aku nak tulis sume kat dalam nie.. aku
nak simpan bagi aku gelak sensorang time2 aku dah tua kang.. itu lah
impian aku. iALLAH.. Assalamualaikum sume. wassalam..
Jumaat, 28 September 2012
Khamis, 27 September 2012
Rabu, 4 Julai 2012
Malam Nisfu Syaaban
~* Tersebut di dalam Kitab Iqna' :
Bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Syaaban menunaikan segala hajat.
Maka datanglah Jibril kepada Baginda Rasulullah s.a.w. dan berkata :
Ya Muhammad ! Gembiralah kamu bahawa Allah telah mengampunkan segala ummat mu orang yang tiada mempersekutukan Nya dengan sesuatu.
Angkatlah kepala mu lalu Baginda Rasulullah s.a.w.pun mengangkat kepala nya.
Tiba-tiba terbuka segala pintu langit :
1. Pada pintu langit yang pertama Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang ruku' pada malam ini .
2. Pada pintu langit yang kedua Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang sujud pada malam ini.
3. Pada pintu langit yang ketiga Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang berdoa pada malam ini.
4. Pada pintu langit yang keempat Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang berzikir pada malam ini.
5. Pada pintu langit yang kelima Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang menangis takutkan Allah SWT.
6. Pada pintu langit yang keenam Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang mengerjakan amal kebajikan pada malam ini.
7. Pada pintu langit yang ketujuh Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang meminta maka di kurniakan permintaan nya itu.
8. Pada pintu langit yang kelapan Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang memohon keampunan maka di ampunkan bagi nya.
Baginda Rasulullah s.a.w. bertanya Jibril :
Sampai bilakah terbuka nya semua pintu ini ( di terima doa) ?
Jawab Jibril : Sehingga naik fajar subuh.
Jibril berkata lagi : Pada malam ini di merdekakan hamba Nya yang mukmin lelaki dan perempuan dari api neraka sebanyak bulu kambing Bani Kilab.
( Bani Kilab di antara orang-orang Arab yang paling banyak memelihara kambing) ~*
Selasa, 3 Julai 2012
Ahad, 24 Jun 2012
Generasi Al-Quran yang unik
Nuzul Al Quran ialah hari dimana Allah menurunkan Al Quran dari Luh Mahfudz terus ke langit dunia. Ia turun sekaligus. Dan diwahyukan pula kepada Nabi Muhammad SAW berturut2 selama 23 tahun mengikut keadaan dan peristiwa2 semasa hayat baginda Rasulullah SAW.
Tahun ini, akan datang lagi suatu hari yang dipanggil sebagai Nuzul AL Quran, setiap tahun diraikan dan saban tahun juga diperingat. Akan tetapi, berapa ramai dikalangan kita yang menyahut cabaran menghayati semangat, makna dan mesej yang ada di dalam Nuzul AL Quran.
Sudah pasti peristiwa Nuzul Al Quran ini mesti menjadi motivasi buat kita untuk terus istiqamah membaca, menghayati, memdengar mentadabbur lalu terus mengamalkan Al Quran. Setiap tahun juga kerajaan memperuntukkan cuti seluruh Malaysia semata - mata untuk menyambut Nuzul Al Quran. Tetapi masih ramai dikalangan kita yang gagal untuk memahami Al Quran dengan erti kata yang sebenarnya.
Beberapa Hadith Rasulullah S.A.W yang sahih berkenaan Al Quran. Ucapan Rasulullah merupakan ucapan orang yang betul2 kenal dengan Al Quran, mencintainya, menuntut ilmu - ilmunya, memahami keistimewaan, ciri dan peran dan tugasnya. Kerna Al Quran turun kepada hati Nabi SAW yang mulia:
1. Bukhari, Tirmidzi dan Abu Dawud meriwayatkan dari Saiyyidina Uthman bin Affan R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Yang terbaik dari kalian adalah orang yang belajar Al Quran dan mengajarkannya."
2. Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasa'i dan Abu Dawud meriwayatkan dari Abu Musa Al Asy'ari R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
"Perumpamaan orang Mu'min yang membaca Al Quran itu seperti buah delima: Baunya wangi dan rasanya enak. Perumpamaan orang Mu'min yang tidak membaca Al Quran itu seperti kurma kering: tidak memiliki bau, tetapi rasanya manis. Perumpamaan orang Munafiq yang membaca Al Quran itu seperti Raihanah (sejenis Kemangi): Baunya harum namun rasanya pahit. Adapun perumpamaan orang Munafiq yang tidak membaca Al Quran seperti buah Handzalah: tidak memiliki bau dan rasanya pahit."(Muttafaqun Alaih)..
3. Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Abu Musa Al Asy'ari R.A bahawa ia berkata, "Rasulullah SAW bersabda:
'Jagalah Al Quran ini. Demi Zat yang menguasai jiwa Muhammad, Al Quran itu benar - benar cepat lepas daripada unta di dalam talinya.'" (Muttafaqun Alaih).
4. Bukhari, Muslim dan Nasa'i meriwayatkan dari Abdullah Bin Umar Al Khaththab R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
"Sesungguhnya perumpamaan penghafal Al Quran itu seperti pemilik unta yang ditambat. Apabila ia menjaganya ia dapat mempertahankannya. Apbila ia melepasnya, unta itu pergi." Muslm menambahkan, "Apabila penghafal Al Quran bangun malam lalu membacanya di malam hari dan di siang hari, ia mengingatinya. Apabila ia tidak melaksanakannya, ia melupakannya."
5. Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Sayyidatina 'Aisyah R.HA bahawa ia berkata, " Rasulullah bersabda:
'Orang yang membaca Al Quran, sedangkan ia mahir, ia bersama golongan mulia dan berbakti. Adapun orang yang membaca Al Quran dan bertatih - tatih membacanya dan merasa berat, maka baginya dua pahala.'"
6. Muslim meriwayatkan dai Abu Umamah R.A bahawa ia berkata," Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:
'Bacalah Al Quran kerana pada hari Qiyamah, ia menjadi pemberi syafa'at bagi para pembacanya."
Nikmat paling besar, nikmat paling agung... Ni'mat yang dapat dirasai, dihayati walaupun susuk tubuh mulia Rasulullah SAW telah tiada di depan mata kita, itulah dia ni'mat membaca, menatap, menelusuri, mentadabbur, menghayati seterusnya mengamalkan Al Quran dalam diari kehidupan kita seharian...
p/s: Artikel ini hanyalah merupakan pandangan peribadi penulis, tiada
kaitan dengan mana - mana pihak yang hidup mahupun yang sudah tiada..
Jika terasa, bangkitlah dari lena dan teruskan perjuangan mengenalkan
masyarakat kepada Allah.... Allah Maha Besar...
Rabu, 20 Jun 2012
Kasih Allah..
Tetapi tidak lama… ibu akan datang dengan ranting kayu menyuruh kita pulang. Kalau tetap berdegil, kita akan menerima habuan. Apalagi, kita pun menangis. Sewaktu itu kita tertanya-tanya, mengapa ibu menghalang kita berseronok-seronok?
Kini kita telah dewasa, kenangan itu masih basah dalam ingatan. Kita tersenyum. Kenangan itu adalah bukti kasih sayang ibu. Sekarang kita faham, ibu melarang kerana kasih. Ibu merotan kerana sayang. Bukan kerana ibu cemburu, jauh sekali benci apatah lagi untuk mendera. Ibu nampak apa yang kita tidak Nampak. Kita hanya memikirkan suka, ibu memikirkan bahaya. Ya, kerana keprihatinan ibu menjaga kita sewaktu kecil itulah menyebabkan kita masih di sini.
Begitulah dengan ujian-ujian Allah. Ia begitu perit, pahit dan menyakitkan. Kita inginkan kejayaan, Allah berikan kegagalan. Kita inginkan pertemuan, Allah takdirkan perpisahan. Manis yang kita impikan, pahit yang menjadi kenyataan. Mengapa? Jawabnya, itu adalah yang terbaik untuk kita. Ujian Allah umpama ‘rotan ibu’ kepada anaknya yang degil. Ibu merotan kesah kasih sayang, Allah lebih-lebih lagi…kerana kasih sayang Allah jauh lebih tinggi, lebih murni daripada kasih seorang ibu terhadap anaknya.
Sayangnya, kita hamba yang ‘buta’. Kita tidak nampak di sebalik segala keperitan dan kesakitan ujian Allah itu adalah kasih sayang jua. Dahulu kita adalah anak kecil yang tidak memahami di sebalik larangan dan kemarahan ibu. Kini kita adalah hamba yang jahil kerana gagal memahami dan merasai kasih-sayang Allah di sebalik segala ujianNya. Dahulu kita menangis, apabila dipukul ibu. Kini kita ‘memberontak’ dan bertanya, mengapa Tuhan takdirkan kesusahan dan kepedihan ini ke atas diriku?
Mengapa kita belum dewasa menghadapi ujian Allah? Kenapa kita belum mampu tersenyum seperti seorang anak yang telah dewasa sewaktu mengenang kembali memori silam sewaktu dia dipukul ibunya? Kita seharusnya mampu ‘tersenyum’ ketika dipukul oleh takdirNya. Atau sekurang-kurangnya tunduk akur, menyerah dan pasrah pada ketentuan-Nya. Katakan pada hati, “Ya Allah, aku layak diuji. Aku hanya hambaMu. Di sebalik ujian ini aku yakin ada kebaikannya. Cuma kerana kelemahan dan kejahilanku… aku belum nampak wahai Tuhan. Namun aku tetap yakin di sebalik semua ini tetap ada kasih sayangMu.”
Marilah kita teladani Nabi Muhammad saw apabila ditimpa ujian, baginda sering berkata, “aku hamba Allah, Allah tidak akan mengecewakanku.” Ini kerana baginda yakin bahawa pada setiap ujian Allah terselit hikmah yang pasti memberi kebaikan, lambat atau cepat, tersurat atau tersirat. Justeru, orang yang ‘arifbilllah’ (mengenal Allah) seperti Ibnu Ataillah pernah berkata, “Barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdir-Nya, maka itu adalah kerana pendeknya penglihatan akal dan mata hati seseorang.” Maksudnya, seberat mana pun ujian yang Allah timpakan, pasti ada kasih sayang yang mendasari dan mengiringi ujian tersebut. Namun, akal yang matang berfikir dan hati yang tenang berzikir sahaja dapat merasai hikmah di sebalik setiap mehnah.
Telitilah firman Allah ini, Al-Baqarah Ayat 216 : “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” Ilmu kita yang terbatas, tidak akan dapat menjangkau ilmu Allah yang Maha luas. Kita hanya nampak yang dekat, Allah nampak yang dekat dan yang jauh. Kita hanya nampak guruh dan hujan, rupanya Allah hendak menghadiahkan pelangi!
Alangkah indahnya kehidupan ini apabila kita sentiasa berbaik sangka dengan Allah dengan menerima segala ujiannya dengan sabar. Pahit, tidak cepat diluah. Pedih, tidak segera disanggah. Anak yang dewasa akan tersenyum dan berterima kasih dengan ketegasan ibu terhadapnya sewaktu dia masih kecil. Mujur ibuku memarahi ku dahulu, jika tidak… kini aku tidak berjaya. Syukur, ibuku telah merotanku sewaktu aku kecil dahulu, itulah yang menyebabkan aku menjadi ‘manusia.’
Syukur kepada Allah yang mengurniakan ibu untuk kita. Semakin tinggi rasa terima kasih kita kepada ibu, sewajarnya semakin tinggi pula syukur kita kepada Allah. Tanpa ibu, siapalah kita… namun tanpa kasih sayang Allah, tiada ibu, tiada kita. Antara nikmat Allah yang tidak boleh kita dustakan ialah nikmat ibu. Namun, lebih tinggi sepatutnya kesyukuran kita kepada Allah… yang telah mendidik kita dengan ujian-ujianNya. Yang sering menjentik kita dengan kasihNya.
Dengan jentikan (ujian) itulah iman dan Islam kita dewasa. Dengan mehnah itulah kita mendapat hikmah. Dan dengan hikmah itulah kita menagih syurga!! besar ea Kasih Allah kepadaKu
Khamis, 3 Mei 2012
Rabu, 2 Mei 2012
Jumaat, 27 April 2012
Khamis, 26 April 2012
Cinderella, 1997 (Full Movie) [Walt Disney Television]
hee..teringat dulu2 tgk cerita ini..sekarang tgk lagi dengan mak tersayang..love u
Rabu, 25 April 2012
Terima kasih semua ;)
Salam. Bismillah..
1000 mancis tidak menerangi kau di dalam kegelapan buat selama lamanya tetapi cahaya keimanan dapat membawa kau ke jalan kesenangan
Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman..dan Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat..
Terima kasih teman sekali lagi..dan apa yang engko katakan..Paip yang kosong menghembuskan angin tetapi jika kepala yang kosong akan menghasilkan kegelapan dan Adalah lebih baik memiliki wajah yang hodoh dari lidah yang hodoh kerana wajah yang hodoh tidak mungkin boleh menyakiti hati orang lain tetapi lidah yang hodoh boleh mengeluarkan kata kata yang melukakan..SUBHANALLAH...
DAN TERIMA KASIH SEMUA..AINA AKAN KEMBALI SEMULA BALIK PUTRAJAYA..DISITU MATLAMAT DAN CITA-CITAKU..
Isnin, 23 April 2012
Indah Hidup Ini Jika Bersama TEMAN
Salam. Bismillah..
Apa khabar hati?
Masihkah ia seperti embun?
Menunduk tawaduk dipucuk-pucuk daun..
Masihkah ia seperti batu karang?
Berdiri tegar menghadapi gelombang ujian,
Apa kabar iman?
Masihkah ia seperti bintang?
Terang benderang menerangi kehidupan..
Apa khabar hati?
Masihkah ia seperti embun?
Menunduk tawaduk dipucuk-pucuk daun..
Masihkah ia seperti batu karang?
Berdiri tegar menghadapi gelombang ujian,
Apa kabar iman?
Masihkah ia seperti bintang?
Terang benderang menerangi kehidupan..
♥: Bila tubuhmu lesu dan hilang semangat, ALLAH tahu betapa kamu telah mencuba sedaya upaya..
:♥: Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan, ALLAH telah mengira setiap titis air matamu..
:♥: Bila dirimu telah terlanjur melakukan dosa, ALLAH sentiasa menunggu taubatmu..
:♥: Bila kau telah mencuba segalanya tetapi masih tak berhasil, ALLAH mengumpulkan segalanya untuk satu saat yang tak terduga..
:♥: Bila hatimu telah mengecapi kemanisan iman, ALLAH telah berada hampir padamu untuk kurniakan kejayaan hakiki..
Maafkan aku wahai Sahabatku
Jika aku menyakiti hatimu, bukan niatku menyakitimu, bukan niatku melukanmu cuma
Ku mohon maafkan AKU
“Dalam aku mencari redha-Mu tuhan, jiwaku perlu kepada mutiara ihsan, kalbuku perlu pada permata iman, agar diriku sentiasa indah dengan nikmat ISLAM, tetapi bagaimana harus ku merasai semua itu tanpa bantuan seorang teman yang mampu menjadikan diriku menuju ke sisi-Mu Tuhan.”
:) Hidup Ini Indah Jika Bersama ALLAH :)
Langgan:
Catatan (Atom)








