Khamis, 11 Oktober 2012

Rabu, 10 Oktober 2012

Selasa, 2 Oktober 2012

Kisah aku @_@v

Assalamualaikum dan selamat sejahtera aku ucapkan kepada semua kerana sudi lagi membaca sedikit coretan yang ingin aku coretkan dalam blog nie.. Lama sungguh aku tak merepek meraban dalam blog aku yang simple nie.. ahakz.. hmmm.. 2012 dah nak smpai ke penghujungnya.. Entahlah.. rasa macam sekejap sangat tahun nie.. macam2 peristiwa yang terjadik... dah lepas dah kan sume tue.. watpe nak ingat..janji aku ;p yeahh~aku nak keje kumpul duit nak kawin.ahakz.. :p tinggi tue cita2. hehehe.watpe nak lewatkan benda yang baik kan.. biarlah orang nak kata apa..Kita bukan leh tutup mulut orang.. Rasanya 2012 nie macam terlalu banyak ar kenangan pahit manis.. pasnie Gudbye.. dah xd dah..pasnie aku dah masuk mmg orang group puluh2.. arghhhh.. xbestnya.. macam dah tua sangat..haha tp mmg dh tua pun..aku still teringat2 lagi zaman kanak2 yang serba indah.. best sangat..xleh nak lupa.. terlalu banyak benda yang terjadik dalam idop aku.. hidup ini memang btol orang kata, macam roda.. kenkadang kita kat atas,kenkadang kita ada kat bawah. suck... inilah lumrah hidup dalam dunia nie.. Hidup nie indah, indah sangat2..biasalah. setiap orang xkan puas dengan apa yang dimiliki. itu lumrah manusia.. kita takleh nak nafikan.. aku sendiri mengaku aku xpuas dengan apa yang aku ada skrang sedangkan kalau ditimbal balik, aku nie dikira beruntung, semua dah ada, dah cukup sngat apa yang aku ada, tapi aku tetap tak puas.. xkira ar dari segi apa, materialistik,fizikalistik,logistik. opss. haha.. logistik tue xdlah.. hehehe. Lumrah hidup kat dunia kan... Kenkadang aku jadik pemalas, ah. tue bukan aku.. secara jujur aku bukan pemalas, tapi aku suka jadik malas. haha. macam mane tue.. DUlu, tahun 1990 time2 zaman jahiliyah aku dulu, aku idop kat kmpg, suck sekolah kmpg.. semua yang jadik kat sekolah tue mempengaruhi personaliti aku smpai skang, sekolah tue banyak ajar aku apa yang dimaksudkan dengan "DUNIA". hmm, pas habis PMR, budak2 habis PMR kene kerahan tenaga, kene wat itu, wat ini, argh. cikgu2 tue ingat aku nie kuli ape. :p jahat kan aku.. dululah zaman2 jahiliyah. hehe.. aku cabut sekolah, aku idop kat dunia luar, dekat sebulan, semua tue diluar pengetahuan ibu n ayah, hehehe. cakap habis PMR, dah dapat freedom lah kan.ahakz, :P eh, aku xhabis cite lagi, aku lepak kat bus stand Bp, kat situe lah aku kenal dengan pelbagai jenis manusia,sungguh menarik zaman2 tue, aku ingat smpai skang kengkawan busstand yang bongok tahap unta dulu, bulat,epit,along,zira arghh macam2 lagi, sume tue kengkawan yang memang xleh dijadikkan kawan, tapi nak cari pengalaman punya pasal,aku kenal gak ngan diorang, haha. ape ek, sengal kan aku. fuhh, time tue jgn cakap, budak sek sume takut ngan aku, mane tak nye, campur dak bus stand. -time tue dak busstand Bp tgh famous- hahahah, aku keje kat kedai makan . best keje kat citue tau.. syok gila, ari2 leh makan free, aku selalu amek nasik lemak + sotong yang beso2 tue. pergh,, sedap gila. tapi keje nye aku rasa macam berat gila, lepak ar,, kitchen ngan tempat makan2 jauh berbatu2. mane tahan. dua ari jerk aku keje, hehee. pastue aku cabut. tue sume masa silam aku. dari situ aku kenal ngan dunia luar. so time form4, aku pindah sekolah coz aku rasa aku akan rosak kalau aku still sekolah kat citu. Alhamdullilah, pas aku pindah sekolah, aku rasa lagi better dari asrama, bukan ape,aku seolah2 menipu diri aku, itu bukan jiwa aku, memang lah baik, tapi korang sendirik tau kan, jiwa remaja, sentiasa memberontak, memang ada yang baik aku dapat dari sekolah tue, title pun sekolah agama, tapi ramai sngat budak dalam sekolah tue terlalu hipokrit,nak diumpamakan macam pakai topeng, topeng yang dipakai tue ada tulisan khat kat atas. macam tue lah kalau nak diibaratkan, tapi x kesemua, tue pada pandangan aku, better aku jadik diri aku sendiri, aku xleh nak idop dalam kepura-puraan, coz kalau aku nipu ape pun, kompom kantol, arghh, damn,, xtau ar,, aku xd bakat nipu lah,, hahahaha.. xbest btol, nanti nak gelak2, kenkadang kantol bodoh jerk.tue lah kelemahan aku. -kelemahan ke?= hahahhaa. ahh.. ngantok ar. jam kat pc aku nie dah pukul 12.30.. aku tak tido lagi.. hmmm. arinie aku layan ps jerk, dah macam umah ape dah.. adoi. lapolah.. k lah,, aku nak mandi,solat makan sume.. lapo gila.. pepagi nie lah lapo. pastue aku nak tido!.xtido lagi.. k lah sume. nanti kang kalau nak tau lagi pasal aku. tunggu jerk tau aku postkan lagi blog2 nie.. :) inilah perjalanan hidup aku, n aku rasa aku nak tulis sume kat dalam nie.. aku nak simpan bagi aku gelak sensorang time2 aku dah tua kang.. itu lah impian aku. iALLAH.. Assalamualaikum sume. wassalam..

Jumaat, 28 September 2012

Doaku hari ini


Rabu, 4 Julai 2012

Malam Nisfu Syaaban





~* Tersebut di dalam Kitab Iqna' :
Bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Syaaban menunaikan segala hajat.
Maka datanglah Jibril kepada Baginda Rasulullah s.a.w. dan berkata :
Ya Muhammad ! Gembiralah kamu bahawa Allah telah mengampunkan segala ummat mu orang yang tiada mempersekutukan Nya dengan sesuatu.
Angkatlah kepala mu lalu Baginda Rasulullah s.a.w.pun mengangkat kepala nya.
Tiba-tiba terbuka segala pintu langit :
1. Pada pintu langit yang pertama Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang ruku' pada malam ini .
2. Pada pintu langit yang kedua Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang sujud pada malam ini.
3. Pada pintu langit yang ketiga Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang berdoa pada malam ini.
4. Pada pintu langit yang keempat Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang berzikir pada malam ini.
5. Pada pintu langit yang kelima Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang menangis takutkan Allah SWT.
6. Pada pintu langit yang keenam Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang mengerjakan amal kebajikan pada malam ini.
7. Pada pintu langit yang ketujuh Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang meminta maka di kurniakan permintaan nya itu.
8. Pada pintu langit yang kelapan Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang memohon keampunan maka di ampunkan bagi nya.
Baginda Rasulullah s.a.w. bertanya Jibril :
Sampai bilakah terbuka nya semua pintu ini ( di terima doa) ?
Jawab Jibril : Sehingga naik fajar subuh.
Jibril berkata lagi : Pada malam ini di merdekakan hamba Nya yang mukmin lelaki dan perempuan dari api neraka sebanyak bulu kambing Bani Kilab.
( Bani Kilab di antara orang-orang Arab yang paling banyak memelihara kambing) ~*

Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita!

Selasa, 3 Julai 2012