Ahad, 24 Jun 2012

Generasi Al-Quran yang unik


Nuzul Al Quran ialah hari dimana Allah menurunkan Al Quran dari Luh Mahfudz terus ke langit dunia. Ia turun sekaligus. Dan diwahyukan pula kepada Nabi Muhammad SAW berturut2 selama 23 tahun mengikut keadaan dan peristiwa2 semasa hayat baginda Rasulullah SAW.

Tahun ini, akan datang lagi suatu hari yang dipanggil sebagai Nuzul AL Quran, setiap tahun diraikan dan saban tahun juga diperingat. Akan tetapi, berapa ramai dikalangan kita yang menyahut cabaran menghayati semangat, makna dan mesej yang ada di dalam Nuzul AL Quran.

Sudah pasti peristiwa Nuzul Al Quran ini mesti menjadi motivasi buat kita untuk terus istiqamah membaca, menghayati, memdengar mentadabbur lalu terus mengamalkan Al Quran. Setiap tahun juga kerajaan memperuntukkan cuti seluruh Malaysia semata - mata untuk menyambut Nuzul Al Quran. Tetapi masih ramai dikalangan kita yang gagal untuk memahami Al Quran dengan erti kata yang sebenarnya.

Beberapa Hadith Rasulullah S.A.W yang sahih berkenaan Al Quran. Ucapan Rasulullah merupakan ucapan orang yang betul2 kenal dengan Al Quran, mencintainya, menuntut ilmu - ilmunya, memahami keistimewaan, ciri dan peran dan tugasnya. Kerna Al Quran turun kepada hati Nabi SAW yang mulia:

1. Bukhari, Tirmidzi dan Abu Dawud meriwayatkan dari Saiyyidina Uthman bin Affan R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Yang terbaik dari kalian adalah orang yang belajar Al Quran dan mengajarkannya."


2. Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasa'i dan Abu Dawud meriwayatkan dari Abu Musa Al Asy'ari R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

"Perumpamaan orang Mu'min yang membaca Al Quran itu seperti buah delima: Baunya wangi dan rasanya enak. Perumpamaan orang Mu'min yang tidak membaca Al Quran itu seperti kurma kering: tidak memiliki bau, tetapi rasanya manis. Perumpamaan orang Munafiq yang membaca Al Quran itu seperti Raihanah (sejenis Kemangi): Baunya harum namun rasanya pahit. Adapun perumpamaan orang Munafiq yang tidak membaca Al Quran seperti buah Handzalah: tidak memiliki bau dan rasanya pahit."(Muttafaqun Alaih)..

3. Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Abu Musa Al Asy'ari R.A bahawa ia berkata, "Rasulullah SAW bersabda:


'Jagalah Al Quran ini. Demi Zat yang menguasai jiwa Muhammad, Al Quran itu benar - benar cepat lepas daripada unta di dalam talinya.'" (Muttafaqun Alaih).

4. Bukhari, Muslim dan Nasa'i meriwayatkan dari Abdullah Bin Umar Al Khaththab R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

"Sesungguhnya perumpamaan penghafal Al Quran itu seperti pemilik unta yang ditambat. Apabila ia menjaganya ia dapat mempertahankannya. Apbila ia melepasnya, unta itu pergi." Muslm menambahkan, "Apabila penghafal Al Quran bangun malam lalu membacanya di malam hari dan di siang hari, ia mengingatinya. Apabila ia tidak melaksanakannya, ia melupakannya."


5. Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Sayyidatina 'Aisyah R.HA bahawa ia berkata, " Rasulullah bersabda:

'Orang yang membaca Al Quran, sedangkan ia mahir, ia bersama golongan mulia dan berbakti. Adapun orang yang membaca Al Quran dan bertatih - tatih membacanya dan merasa berat, maka baginya dua pahala.'"

6. Muslim meriwayatkan dai Abu Umamah R.A bahawa ia berkata," Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:

'Bacalah Al Quran kerana pada hari Qiyamah, ia menjadi pemberi syafa'at bagi para pembacanya."

Nikmat paling besar, nikmat paling agung... Ni'mat yang dapat dirasai, dihayati walaupun susuk tubuh mulia Rasulullah SAW telah tiada di depan mata kita, itulah dia ni'mat membaca, menatap, menelusuri, mentadabbur, menghayati seterusnya mengamalkan Al Quran dalam diari kehidupan kita seharian...


p/s: Artikel ini hanyalah merupakan pandangan peribadi penulis, tiada kaitan dengan mana - mana pihak yang hidup mahupun yang sudah tiada.. Jika terasa, bangkitlah dari lena dan teruskan perjuangan mengenalkan masyarakat kepada Allah.... Allah Maha Besar...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan